Sunday, 9 November 2014

Mikro Organisme Tempatan  Bermenafaat (MOL)

Mikro Organisme Tempatan Bermenafaat (MOL) adalah larutan  yang menjadi habitat kepada mikro organisme tempatan yang berguna untuk mempercepat penghancuran bahan-bahan organik atau sebagai dekomposer dan sebagai aktivator/ atau tambahan Nutrisi bagi tumbuhan. Bahan-bahan tersebut juga mengandungi  berupa zat yang dapat merangsang pertumbuhan dan perkembangan tanaman.
MOL dapt membantu perkembangan dalam bidang pertanian, ternakan, rumah tangga dan alam sekitar.

Antara produk MOL yang ada dipasaran ialah ;


Active Composeed
PERTANIAN

Sayur-sayuran

Dapat  mengembangkan bidang penghancur bahan organik (dekomposer) dalam menyediakan baja oerganik bermikrob dan membantu   menambahmempercepat proses pembesarani tumbuhan dan menyediakan tambahan pemakanan bagi tanaman.

1.    Menjadi starter dalam proses dekomposisi bahan organik



Baja organik

2.    Menjadi starter untuk pupuk organik cair bagi tanaman
3.    Menyedia baja kepada tanaman 
4.    Membantu melancarkan penyerapan unsur baja mikro oleh akar tanaman.
5.    Merangsang pertumbuhan tanaman
6.    Membaiki struktur fizik, biologi dan kimia tanah
7.    Mencegah penyakit tanaman.


TERNAKAN


Kandang lembu
1. Menghilang bau busuk pada kandang dan reban haiwan


Reban ayam


2. Menyediakan makanan tambahan kepada haiwan

ALAM SEKITAR


Sungai
1. Mengawal pencemaran, bau busuk dan pembiakan serangga di Tapak Pelupusan Sampah


Pelupusan sampah

2. Merawat pencemaran longkang, sungai, tasik dan laut


Longkang

3. Merawat pencemaran dan bau busuk ditempat awam seperti pasar dan lain-lain.


Longgokan sampah


RUMAH TANGGA


Tandas



1. Cucian rumah tangga – tandas, bilik air dan dapur
2. Tumpahan disel dan pelincir
3. Tangki septik

APLIKASI MOL

MOL boleh diaplikasi secara terus dengan melarutkanya dalam air bersih tanpa klorin dengan kadar tertentu dan disemburkan atau ditambah kepada objek atau tempat mengkut garis panduan yang diberikan.
Bagi penggunaan dalam kuantiti yang besar, MOL boleh digandakan terlebih dahulu sebelum digunakan. Cara ini akan mengurangkan penggunaan MOL dan dapat menjimatkan perbelanjaan.
Cara mengandakan MOL ialah dengan melarutkan 1 liter MOL , 1 liter molasses kedalam 18 liter air bersih tanpa klorin dan disimpan ditempat teduh selama seminggu sebelum digunakan. MOL yang diaktifkan hanya dapat digunakan dalam masa 4 minggu sahaja, manakala MOL biasa dapat disimpan untuk tempoh 1 tahun.

  
PERTANIAN

Dapat  mengembangkan bidang penghancur bahan organik (dekomposer) dalam menyediakan baja oerganik bermikrob dan membantu   menambahmempercepat proses pembesarani tumbuhan dan menyediakan tambahan pemakanan bagi tanaman.

1.    Menjadi starter dalam proses dekomposisi bahan organik – Nisbah MOL : Air 1 : 50
2.    Menjadi starter untuk pupuk organik cair bagi tanaman – 1 : 50
3.    Menyedia baja kepada tanaman – 1 : 500
4.    Membantu melancarkan penyerapan unsur baja mikro oleh akar tanaman. ( 400 cc cairan MOL  dicampur dengan 14 liter air dengan dosis 4.8 liter/ha
5.    Merangsang pertumbuhan tanaman 1 : 500
6.    Membaiki struktur fizik, biologi dan kimia tanah 1 : 500
7.    Mencegah penyakit tanaman. 1 : 500

TERNAKAN

1. Menghilang bau busuk pada kandang dan reban haiwan – 1 : 100 atau 1 : 200
2. Menyediakan makanan tambahan kepada haiwan – 1 : 50 (difermentasi kepada dedak)

ALAM SEKITAR

1. Mengawal pencemaran, bau busuk dan pembiakan serangga di Tapak Pelupusan Sampah 1 : 100
    MOL telah digandakan dilarutkan dalam air dengan kadar 1 : 100 disembur kepada longgokan sampah 2 kali sehari. 
    ia itu sekali diwaktu pagi dan sekali lagi di waktu petang. Pada tempat kolam air bertakung, blola lumpur dimasukkan
    atau boleh juga diganti dengan bokashi. Dapat menyelesai masalah bau busok dan pembiakan serangga terbang. 
2. Merawat pencemaran longkang, sungai, tasik dan laut 1 : 100 dengan
    memasukkan bola lumpur 1 biji bagi setiap 1 meter persegi permukaan air.
3. Merawat pencemaran dan bau busuk ditempat awam seperti pasar dan lain-lain. 1 : 100

RUMAH TANGGA

1. Cucian rumah tangga – tandas, bilik air dan dapur – 1 : 100
2. Tumpahan disel dan pelincir – 1 : 40
3. Tangki septic – 10 ml MOL dilarutkan dalam 1 - 2 liter air cucian beras dan di biarkan ditempat gelap selama 4 jam hingga satu malam dan dimasukkan kedalam tangki septic atau kloset 1 – 2 kali sebulan.

No comments:

Post a Comment